Kumpulan perlawanan Palestin telah melepaskan tembakan roket ke kota-kota yang diduduki Israel sebagai tindak balas terhadap pengeboman berterusan rejim itu terhadap sasaran orang awam di Semenanjung Gaza, ketika jumlah kematian akibat serangan terbaru meningkat di kedua-dua belah pihak.
Sayap tentera gerakan perlawanan Jihad Islam, Briged al-Quds, mengumumkan bahawa 100 roket telah ditembak ke bandar-bandar seperti Tel Aviv, Ashkelon, Be’er Sheva dan Sderot pada awal hari Rabu, lapor Palestine Today.
Pasukan tentera Hamas juga mengumumkan bahawa ia melancarkan 210 roket ke wilayah yang dijajah pada awal pagi.
Briged Izz ad-Din al-Qassam mengatakan dalam sebuah kenyataan bahawa pihaknya “sedang dalam proses umtuk menembak 110 roket ke kota Tel Aviv” dan 100 yang lain menuju ke kota Be’er Sheva, “sebagai balasan untuk memulakan semula serangan kepada rumah orang awam. ”
Tentera Israel mengumumkan pada pagi hari Rabu bahawa kumpulan perlawanan Palestin di Gaza telah melancarkan lebih dari 1,000 roket ke arah bandar-bandar yang berlainan di wilayah yang diduduki sejak petang Isnin.
Sejak itu, tentera mengatakan, 850 roket telah mendarat di Israel atau dipintas oleh sistem peluru berpandu Iron Dome.
Pihak berkuasa Israel setakat ini mengesahkan lima kematian akibat roket yang ditembak dari Gaza ke beberapa bandar, termasuk Tel Aviv.
Tentera Israel juga mengumumkan telah memintas drone Hamas pada awal hari Rabu.
Dua Komander Hamas Terbunuh
Tentera Israel telah melakukan ratusan serangan udara di sekatan Semenanjung Gaza, yang mengakibatkan banyak kemalangan jiwa.
Media Palestin melaporkan bahawa rejim Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza pada hari Rabu, membunuh dua komander Hamas dan tiga orang kanak-kanak.
Sumber Palestin mengenal pasti dua komandan itu sebagai Hassan al-Kaogi (Abu Ali) dan Wail Issa (Abu Ahmad).
Israel mensasarkan ibu pejabat polis dan keselamatan Gaza dan Universiti Islam Gaza untuk hari ketiga berturut-turut, yang menyaksikan 30 serangan serentak di Semenanjung Gaza.
Tentera Israel mengatakan dalam tweet bahawa mangsa adalah pegawai perisik Hamas.
Ia juga mengatakan serangan Israel adalah tindak balas terhadap “ratusan roket” yang dilancarkan dari Gaza dalam 24 jam terakhir, dan menambah bahawa mereka menandakan “serangan terbesar kami sejak 2014.”
Tiga kanak-kanak Palestin juga terbunuh dalam serangan udara Israel di kejiranan Tel al-Hawa di Gaza, lapor Shehab News.
Wanita Hamil Palestin, Anak Lelaki Berusia 5 Tahun Terbunuh
Sementara itu, seorang wanita hamil Palestin dan anaknya yang berusia 5 tahun juga terbunuh semasa serangan udara Israel yang mensasarkan kediaman mereka di Semenanjung Gaza.
Wanita itu, yang dikenali sebagai Reem, dan anaknya, Zaid, dilaporkan terbunuh setelah serangan itu menyerang rumah mereka di Tel al-Hawa, sebuah kejiranan di bahagian selatan Gaza.
Abang Reem, Ahmed Saad, melaporkan kematian mereka di media sosial. Dia mengandung empat bulan.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan Gaza mengumumkan pada hari Rabu petang bahawa sebanyak 48 orang Palestin, termasuk 14 kanak-kanak dan tiga wanita, telah kehilangan nyawa mereka di Gaza dalam serangan terbaru Israel, dengan sejumlah 296 orang awam, kebanyakan mereka adalah wanita dan kanak-kanak cedera sejak Isnin.
Roket Palestin Menghentam Saluran Paip Israel
Akibat roket yang ditembak dari Gaza pada hari Rabu, saluran paip Israel dekat Ashkelon dientam hingga menyebabkan kebakaran.
Roket itu juga membunuh dua peneroka Israel dan mencederakan sekurang-kurangnya 100 orang warga Israel.
Pemimpin Hamas Ismail Haniyeh mengatakan Israel bertanggung jawab atas akibat kekejamannya di Jerusalem al-Quds dan Masjid al-Aqsa, yang menyalakan api yang “meluas hingga ke Gaza.”
Beliau mengatakan Qatar, Mesir dan PBB telah menghubungi Hamas mendesak untuk bertenang, tetapi beliau mengatakan kepada rejim di Israel bahawa “Jika mereka ingin meningkat ketegangan, perlawanan sudah siap, jika mereka ingin berhenti, perlawanan sudah siap.”
Sebelumnya, menteri Israel untuk urusan ketenteraan Benny Gantz memberi amaran bahawa “ini baru permulaan” serangan Israel.
‘Saya Melihat Sepupu-Sepupu saya terbakar, Gambar Mangsa Yang Terselamat
Salah seorang yang terselamat dari serangan Israel di utara Gaza pada hari Selasa memberi gambaran betapa ngeri menyaksikan lima anggota keluarganya, termasuk adiknya Ibrahim dan Marwan, mati semasa serangan tersebut.
“Kami tertawa dan bersenang-senang, ketika tiba-tiba mereka mulai mengebom kami, semua yang ada di sekitar kami terbakar,” kata sepupu mereka, yang juga disebut Ibrahim, kepada AFP.
“Saya melihat sepupu saya terbakar, dan berkecai,” kata anak berusia 14 tahun itu, sqmbil menangis. “Mengapa mereka meninggalkan saya? Saya ingin mati sebagai syahid seperti mereka. “
Pengeboman Israel di Gaza berlanjutan pada hari Rabu, menggegarkan kediaman penduduk Gaza dan menerangi langit bandaraya yang dikepung itu tepat selepas subuh, dengan sekurang-kurangnya 30 letupan dilaporkan oleh penduduk dalam beberapa minit.
Israel Isytiharkan ‘Keadaan Darurat’ Di Lod
Wilayah-wilayah yang dijajah juga dilanda protes, yang mana. di kota Lod, mendorong kerajaan Israel untuk mengisytiharkan “keadaan darurat” setelah pembunuhan seorang warga Palestin oleh seorang peneroka Yahudi di bandaraya itu.
“Semua yang diperlukan dilakukan untuk memulihkan kedaulatan undang-undang di Lod” dan di seluruh wilayah yang dijajah, kata menteri keselamatan awam Israel, Amir Ohana.
Dia mengumumkan bahawa rejim Israel telah memutuskan untuk mengerahkan 16 unit simpanan Polis Sempadan ke Lod dari Tebing Barat yang diduduki.
Konfrontasi kecil juga dilaporkan berikutan solat Subuh di Masjid al-Aqsa pada pagi hari Rabu, dengan rakyat Palestin melantunkan lagu-lagu protes dan perlawanan, sementara pasukan Israel dikerahkan di sekitar kompleks tersebut.
Kerusuhan meletus di wilayah yang dijajah Israel pada Selasa malam hingga Rabu, ketika siaran media sosial menunjukkan tunjuk perasaan di bandar Rahat dan juga di Qalansawe.
Masjid al-Aqsa dan Gerbang Bab al-Amoud (Damsyik) di Kota Tua Jerusalem al-Quds serta kejiranan Sheikh Jarrah telah menyaksikan lonjakan kekejaman Israel sejak awal bulan suci Ramadhan.
Sumber berita: Press Tv