Video: Pertembungan Antara Warga Palestin, Yahudi Di Jerusalem Berlangsung Untuk Hari Ketiga

Pertembungan antara penduduk Palestin dan Yahudi yang bermula pada hari Jumaat terus berlanjutan di kota Jerusalem, berpunca dari ketegangan selama berminggu-minggu pada bulan Ramadhan dan keputusan mahkamah Israel baru-baru ini yang muncul, yang mana boleh menyebabkan puluhan keluarga Palestin diusir dari rumah mereka di kejiranan Sheikh Jarrah.

Tunjuk perasaan di Israel berlanjutan pada hari Ahad, dengan beberapa bandar juga melihat kerusuhan dalam menyokong keluarga Palestin yang berpotensi diusir dari rumah mereka di kejiranan Sheikh Jarrah di Jerusalem.

Tunjuk perasaan muncul di beberapa bandar Israel termasuk Haifa dan Nazareth. Beberapa orang telah dirakam melempar batu dan bunga api di kejiranan Yerusalem Ma’ale HaZeitim.

Kejiranan Sheikh Jarrah juga telah menyaksikan demonstrasi.

https://twitter.com/kann_news/status/1391469825453604867?ref_src=twsrc%5Etfw

 

 

Polis telah dirakam cuba menyuraikan orang ramai.

Ketika pertempuran terus berlanjutan di Israel kerana kemungkinan pengusiran warga Palestin, mahkamah Israel telah menangguhkan perbicaraan iti, menurut Al Jazeera. Pergolakan Sabtu itu dilaporkan telah menyaksikan sekurang-kurangnya 90 orang Palestin cedera, sementara pertempuran hari Jumaat telah menyebabkan lebih dari 200 orang Palestin cedera, menurut organisasi Bulan Sabit Merah Palestin, dan 18 pegawai polis cedera, menurut polis Israel.

Kerusuhan di Israel menimbulkan reaksi dari banyak pihak, termasuk Amerika Syarikat dan Kuartat Timur Tengah – yang mana termasuk Rusia, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan PBB – yang menyeru penyelesaian damai di Jerusalem.

 

Sumber berita: Sputnik News

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *