Amerika Tidak Akan Lepaskan Sekatan Ke Atas Iran Sebelum Syarat Perjanjian Nuklear Dipatuhi

Setiausaha Negara Amerika Antony Blinken telah menegaskan bahawa negaranya tidak akan melepaskan sekatan yang dikenakan ke atas Iran sebelum syarat yang dipersetujui di bawah perjanjian nuklear 2015 dipatuhi, lapor agensi berita pada hari Khamis.

Semasa sesi pendengaran di hadapan Jawatankuasa Luar Negeri Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Blinken menyatakan: “Saya rasa bola ada di gelanggang mereka untuk melihat apakah mereka serius untuk terlibat atau tidak.”

Blinken berkongsi bahawa Amerika telah menerima cadangan Eropah untuk menjadi ‘orang tengah’ bagi perbincangan dengan Iran, tetapi Tehran mengatakan waktunya tidak tepat dan meminta Amerika terlebih dahulu untuk menghapuskan sekatan. “Kami mengatakan kami akan hadir,” kata Blinken kepada jawatankuasa itu. “Iran setakat ini mengatakan tidak,” tambahnya lagi.

Sementara itu, setiausaha negara itu mengumumkan: “Kita mempunyai masalah mendasar dengan tindakan Iran di setiap hal, sama ada sokongan untuk keganasan, program peluru berpandu balistik. ”

Dia menambahkan: “Iran dengan senjata nuklear atau dengan di ambang kemampuan untuk memilikinya adalah Iran yang berkemungkinan akan bertindak dengan. sewenang-wenangnya ketika berada dalam hal-hal tertentu. ”

 

 

Sumber berita: Middle East Monitor

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *