Pasukan Pertahanan Israel Serang Tapak Tentera Hamas Di Semenanjung Gaza Setelah Kenderaan IDF Terbakar

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) berkata pada hari Rabu bahawa mereka melakukan serangan ke sebuah pos tentera gerakan Hamas Palestin di Semenanjung Gaza setelah sebuah kenderaan kejuruteraan IDF diserang pada awal hari.

“Tembakan dilancarkan ke arah sebuah kenderaan kejuruteraan IDF yang bersebelahan dengan pagar keselamatan di utara Semenanjung Gaza hari ini, sehingga merosakkan kenderaan tersebut. Tidak ada kecederaan dilaporkan,” tulis IDF di Twitter.

 

“Sebagai tindak balas terhadap penembakan itu, sebuah kereta kebal IDF mensasarkan pos tentera Hamas di Gaza,” tambah IDF.

 

Adegan berbalas tembakan berlaku, mendorong tentera Israel mensasarkan dua pos lain yang dimiliki oleh gerakan itu.

Hamas, sebuah organisasi pejuang Islam yang mengendalikan Semenanjung Gaza, telah terkurung dalam konflik berlarutan dengan Israel, yang mana Israrel masih menolak untuk mengakui Palestin sebagai entiti politik dan diplomatik yang bebas. Israel menganggap Hamas bertanggungjawab atas sebarang serangan yang datang dari Semenanjung Gaza.

Serentak dengan itu, TV kerajaan Syria juga melaporkan pada hari Rabu pagi serangan udara Israel ke atas kawasan Deir ez-Zor dan Abu Kamal di Syria.

 

 

Sumber berita: Sputnik news

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *