Indonesia dapat memperoleh dana tambahan berbilion-bilion dolar dari Amerika jika ia setuju untuk menormalkan hubungan dengan Israel, kata seorang pegawai Amerika.
Bloomberg memetik Ketua Eksekutif Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID), Adam Buehler, mengatakan bahawa agensi itu dapat menggandakan pelaburannya di Indonesia, yang saat ini berjumlah sekitar 1 bilion dollar, jika Jakarta menjalin hubungan diplomatik dengan Israel.
“Kami berbincang dengan Indonesia tentang hal ini … jika mereka sedia untuk itu, kami akan dengan senang hati memberikan mereka sokongan kewangan yang lebih besar daripada apa yang kami tawarkan sekarang.”
Pegawai Amerika itu mengatakan beliau tidak akan terkejut jika bantuan yang diberikan oleh agensi itu kepada Indonesia, negara Muslim paling ramai, meningkat satu atau dua bilion dolar jika Jakarta menjalin hubungan diplomatik dengan Israel.
Pemimpin Amerika dan Israel juga mengatakan bahawa mereka mengharapkan lebih banyak negara bergabung dalam gelombang normalisasi yang bermula pada bulan Ogos dengan pengumuman bahawa UAE telah bersetuju untuk menandatangani perjanjian damai dengan negara penjajah. Ini dengan cepat diikuti oleh Bahrain, Sudan dan Maghribi.
Sumber berita: Middle East Monitor