Bedilan Roket Menghentam Kedutaan Amerika Dalam Zon Hijau Baghdad, Merosakkan Kawasan Perkarangan

Sekurang-kurangnya lapan roket Katyusha mendarat dalam kubu kuat Zon Hijau di Baghdad dalam serangan yang mensasarkan Kedutaan Amerika, menyebabkan beberapa kerosakan kecil di perkarangan itu pada hari Ahad, kata tentera Iraq dan pihak kedutaan pada hari Ahad, lapor agensi berita Reuters.

Tentera Iraq mengatakan bahawa sebuah “kumpulan haram” membedil lapan buah roket. Sebilangan besar peluru berpandu melanda kompleks perumahan dan pusat pemeriksaan keselamatan di zon tersebut, merosakkan bangunan dan kereta dan mencederakan seorang askar Iraq, kata satu kenyataan tentera.

Bunyi siren kedengaran dari perkarangan kedutaan di dalam zon itu, yang menempatkan bangunan kerajaan dan misi asing.

Sistem anti-roket berjaya memesongkan salah satu roket, kata seorang pegawai keselamatan yang pejabatnya berada di dalam Zon Hijau.

Kedutaan Amerika mengutuk serangan itu dan mendesak semua pemimpin politik dan pemerintah Iraq untuk mengambil langkah-langkah untuk mencegah serangan tersebut dan mempertanggungjawabkan mereka yang bertanggungjawab.

“Kedutaan Amerika mengesahkan roket yang mensasarkan Zon Antarabangsa yang mengakibatkan penglibatan sistem pertahanan Kedutaan. Terdapat beberapa kerosakan kecil di perkarangan Kedutaan tetapi tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam kenyataan berikutnya, Setiausaha Negara Amerika Mike Pompeo mengatakan terdapat sekurang-kurangnya satu orang awam Iraq cedera dan berharap mereka yang tercedera itu dapat segera pulih.

Pegawai Amerika menyalahkan kumpulan pejuang yang disokong Iran untuk kekerapan serangan roket ke kemudahan Amerika di Iraq, termasuk berhampiran kedutaan di Baghdad. Tiada kumpulan yang disokong Iran mengaku bertanggungjawab.

Pompeo menyebut kumpulan tersebut sebagai penghalang paling serius bagi keamanan dan kemakmuran di Iraq, dan menambah:

“Kami menyeru semua warga Iraq menyokong usaha pemerintah mereka untuk memperkuatkan kedaulatan Iraq, untuk mengadili mereka yang bertanggung jawab atas serangan yang terkutuk ini dan memastikan bahwa semua kumpulan pejuang yang disokong Iran saat ini berada di bawah kendalian negara.”

Jurucakap presiden Iraq juga mengecam serangan itu.

Sejumlah kumpulan pejuang mengumumkan pada bulan Oktober bahawa mereka telah menangguhkan serangan roket terhadap pasukan Amerika dengan syarat pemerintah Iraq dapat menyediakan jadual penarikan tentera Amerika.

Tetapi satu serangan roket di Kedutaan Amerika pada 18 November adalah tanda jelas bahawa kumpulan pejuang yang disokong Iran telah memutuskan untuk meneruskan serangan ke pangkalan Amerika, menurut pegawai keselamatan Iraq.

Washington, yang secara perlahan mengurangi 5000 tenteranya di Iraq, mengancam akan menutup kedutaannya melainkan jika pemerintah Iraq berupaya mengendalikan kumpulan pejuang yang berpihak kepada Iran.

 

 

 

Sumber berita: Middle East Monitor

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *