PBB: Separuh Dari Yaman Akan Alami Kebuluran Tahun Hadapan

Separuh daripada penduduk Yaman akan menderita kelaparan tahun depan kerana kekurangan sokongan antarabangsa, PBB memberi amaran pada hari Rabu.

“Di Yaman, rancangan tindak balas PBB tetap kurang daripada separuh dana, ia dibiayai pada 49%,” kata jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric, kepada wartawan.

“Jumlah rancangan itu memerlukan lebih dari 3 bilion dolar Amerika. Tahap semasa hari ini kurang dari separuh daripada yang diterima oleh agensi tahun lalu,” lanjut Dujarric.

“Kami sekarang hanya membantu sekitar 9 juta orang setiap bulan, turun dari satu jumlah tertingi iaitu 13 juta orang pada awal tahun ini,” katanya. “Lebih daripada 80 peratus warga Yaman memerlukan bantuan dan perlindungan kemanusiaan.” “Tahun depan, lebih dari separuh daripada seluruh rakyat Yaman akan kelaparan, dan kami menjangkakan 5 juta orang akan tinggal hanya satu langkah dari kebuluran dan sekitar 50,000 orang akan hidup dalam keadaan seperti kelaparan, ” ulang Dujarric.

Yaman telah terperosok dalam perang sejak Houthi menggulingkan pemerintah yang diakui secara antarabangsa di ibu negara, Sanaa, pada akhir 2014, mendorong gabungan Saudi yang disokong oleh Barat untuk campur tangan pada bulan Mac 2015. Konflik tersebut telah menyebabkan 233,000 orang mati dan 80 peratus dari penduduk – kira-kira 30 juta orang – bergantung kepada bantuan, menurut PBB.

 

 

 

Sumber berita: Middle East Monitor

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *