Seorang anggota Majlis Tertinggi Politik Yaman mengatakan Amerika Syarikat membunuh orang awam Yaman secara besar-besaran untuk memastikan pengeluaran di syarikat pembuatan senjata utamanya berjalan, menurunkan kadar pengangguran, melunaskan hutangnya dan memajukan plot rejim Israel di wilayah tersebut.
Rakyat Yaman dibunuh setiap hari oleh gabungan pencerobohan AS-Saudi-Emiriah dan sekutu mereka. Rakyat Yaman bangun dari tidur dan mendengar bunyi letupan bom buatan AS, terkena gas toksik, menyaksikan kejadian pembunuhan beramai-ramai dan mengingati wanita, kanak-kanak dan orang tua yang mati akibatnya, ”rangkaian televisyen al-Masirah memetik Mohammed Ali al- Houthi berkata dalam satu ciapan.
Beliau menambah, “Ini membuktikan fakta bahawa AS bukan hanya satu-satunya sumber kebimbangan, melainkan penyebab utama di sebalik pembunuhan besar-besaran rakyat Yaman.”
Ucapan itu datang beberapa hari selepas Amerika Syarikat menetapkan gerakan Houthi Ansarullah Yaman bersama dengan beberapa kumpulan lain sebagai “Entiti yang Sangat Dibimbangi” di bawah apa yang disebut sebagai Frank R. Wolf, Akta Kebebasan Antarabangsa (International Freedom Act) 2016.

Secara berasingan, Houthi mengatakan para pegawai Amerika telah menyampaikan mesej tersirat kepada Sana’a, dengan mendakwa bahawa untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan di Yaman itu terletak di tangan AS, dan bukannya Arab Saudi.
“Amerika, melalui perantara, menyampaikan mesej bahawa tidak akan ada kedamaian jika mereka tidak memberikan persetujuan mereka terhadap perkara tersebut, dan kepuasan Arab Saudi sama sekali tidak diperhitungkan,” tulis pegawai kanan Yaman itu dalam ciapannya yang diterbitkan di bawah Hashtag Arab “Pengepungan AS adalah pembunuh rakyat Yaman.”
Dalam ciapan lain dengan hashtag yang sama, Houthi menulis bahawa mantan Duta Besar AS ke Yaman Matthew Tueller telah mengancam penyusutan tajam riyal Yaman terhadap mata wang utama dunia, sambil menambahkan bahawa ia menjelaskan mengapa Washington disebut penghapusan negara Yaman.
ارسلوا إلينا الأمريكان عبر وسطاء
قالوا
لا يمكن أن يكون هناك سلام حتى وإن كانت السعودية راض به إذا لم نكن نحن موافقين عليه .#حصار_امريكا_قاتل_شعب_اليمن#حصار_امريكا_قاتل_شعب_اليمن pic.twitter.com/q0PRw2SJiC— محمد علي الحوثي (@Moh_Alhouthi) December 7, 2020
Beliau terus mengatakan bahawa pemerintahan Presiden AS Donald Trump memutuskan pada bulan Mac untuk menghentikan penghantaran bantuan ke Yaman seperti yang dilakukan Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu sebelumnya.
من على طاولة يفترض أنها للسلام
هدد السفير الأمريكي بتدمير العملة وانهيار الريال اليمني أمام الوفد الوطني بالكويت
وهذا دليل ان#حصار_امريكا_قاتل_شعب_اليمن— محمد علي الحوثي (@Moh_Alhouthi) December 7, 2020
“Langkah itu bertentangan dengan undang-undang antarabangsa. Mereka bertanggungjawab penuh untuk memberikan bantuan, kerana mereka telah mengepung dan menyerang negara Yaman yang berdaulat dan bebas tanpa alasan, ”ujar Houthi.
في مارس/ آذار 2020
قامت إدارة دونالد ترامب باقرار إيقاف المساعدات هي والسعودية والإمارات مع أنه بموجب القانون الدولي مسؤولين مسؤلية كاملة عن تقديم المساعدات كونهم يحاصرون ويعتدون على دولة اليمن ذات السيادة والاستقلال بدون أي مسوغ
مما يؤكد ان #حصار_امريكا_قاتل_شعب_اليمن pic.twitter.com/cEVFFF4FDa— محمد علي الحوثي (@Moh_Alhouthi) December 7, 2020
Arab Saudi dan sejumlah sekutu serantau melancarkan perang ke atas Yaman pada Mac 2015, dengan tujuan untuk mengembalikan pemerintahan mantan presiden Abd Rabbuh Mansur Hadi agar kembali berkuasa dan menghancurkan gerakan Ansarullah yang popular.
Awal bulan ini, Pejabat PBB untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) menjumlahkan kematian yang mengejutkan iaitu sebanyak 233,000 orang akibat peperangan yang dipimpin Arab Saudi di Yaman.
Gerakan Houthi Ansarullah, yang disokong oleh angkatan bersenjata, telah mempertahankan Yaman daripada gabungan pimpinan Arab Saudi dan mencegah para penyerang memenuhi objektif perang yang mengerikan itu.
Sumber berita: Press Tv
