IRGC: Musuh Gunakan Kecerdasan Buatan (AI) Untuk Bunuh Syahid Fakhrizadeh

Timbalan Komandan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mendedahkan beberapa perincian berkaitan pembunuhan Syahid Mohsen Fakhrizadeh oleh rejim Zionis, termasuk penggunaan kecerdasan buatan(ai), Mehr News Agency melaporkan.

Laksamana Ali Fadavi mengatakan pada hari Ahad bahawa Syahid Fakhrizadeh memiliki 11 pengawal dan letupan kereta pertama bertujuan untuk melenyapkan para pengawal tersebut.

Beliau menambah musuh telah meletakkan sebuah ‘machine gun’ automatik yang dikendalikan oleh satelit.

“ ‘Machine’ gun itu dilengkapi dengan kecerdasan buatan(ai) untuk mensasarkan Syahid Fakhrizadeh,” tambahnya.

Fadavi berkata ‘machine gun’ tersebut dilengkapi dengan kamera canggih dan menembak 13 kali, menambahkan bukti tidak ada elemen pengganas di tempat kejadian kerana semuanya dikendalikan dari jarak jauh.

“Senjata itu difokuskan hanya pada Syahid Fakhrizadeh, dan istrinya tidak ditembak, meski jaraknya beberapa sentimeter. Ketua pasukan pengawal juga ditembak empat kali karena menghempaskan diri ke arah Syahid Fakhrizadeh, dan tidak ada musuh di lokasi untuk menembak para pengawal” jelas Fadavi.

Komandan itu kemudian berkata, Syahid Fakhrizadeh ditembak beberapa kali dan mengalami pendarahan akibat kecederaan di tulang belakang dan akhirnya Syahid di hospital.

Merujuk kepada pilihan raya AS dan kemenangan Parti Demokrat, Fadavi menyatakan bahawa Demokrat bertanggungjawab atas sebahagian besar sekatan yang dikenakan ke atas Republik Islam Iran.

Beliau juga menyampaikan bahawa rundingan dengan Demokrat tidak berguna dan menyatakan bahawa Republik Islam Iran menghadapi permusuhan besar setiap kali Demokrat mengambil alih jawatan.

 

 

 

Sumber berita: Poros Perlawanan

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *