Tentera Yaman yang disokong oleh Houthi telah mengumumkan bahawa mereka telah mensasarkan stesen pengedaran Aramco di bandar pelabuhan Saudi, Jeddah menggunakan peluru berpandu ketepatan tinggi bersayap Quds-2.
Jurucakap tentera, Brigadier Jeneral Yahya Saree mengeluarkan kenyataan awal hari ini dengan menyatakan bahawa serangan itu dilakukan dengan ketepatan tinggi membuatkan ambulan dan kenderaan pemadam kebakaran bergegas ke lokasi.
هذه العمليةالنوعية تأتي رداعلى استمرار الحصاروالعدوان وفي سياق ماوعدت به القوات المسلحة قبل أيام من تنفيذ عمليات واسعة في العمق السعودي.
ونجددنصحنا للمواطنين والشركات الأجنبية العاملةفي السعوديةأن عملياتنا مستمرة وأن عليها الابتعاد عن المنشآت الحيوية الهامة كونها ضمن بنك الأهداف.— العميد يحيى سريع (@army21ye) November 23, 2020
Saree menambah bahawa serangan itu terjadi sebagai tindak balas kepada “lanjutan pengepungan dan pencerobohan” oleh gabungan pimpinan Arab Saudi terhadap Yaman dan menekankan bahawa itu adalah pengotaan janji oleh angkatan bersenjata untuk melaksanakan operasi berskala besar ke dalam negara beraja itu.
“Kami mengulangi nasihat kami kepada warganegara dan syarikat asing yang beroperasi di Arab Saudi bahawa operasi kami terus berjalan dan mereka harus menjauhkan diri dari pemasangan penting,” katanya memberi amaran.
Sebuah video telah berlegar dalam talian yang kononnya memaparkan keadaan selepas serangan di tempat kejadian, dengan asap yang kelihatan naik berkepul-kepul dari fasiliti tersebut.
Video rumored to be from an Aramco facility in Jeddah, Saudi Arabia. Claim from the Houthis is that it was targeted with a newly released Quds-2 missile. They claim ambulances and firefighting vehicles have rushed to the scene. Claim is an hour old. https://t.co/Y0iAmEf1dX
— doge (@IntelDoge) November 23, 2020
Belum ada pengesahan yang dibuat oleh pihak berkuasa Arab Saudi dan syarikat minyak milik negara itu, Aramco, tidak memberi respon terhadap permintaan untuk memberi komen.
Ini bukan kali pertama serangan balas balas rentas sempadan dilakukan oleh pasukan bersenjata gabungan Houthi-Yaman. Kejadian terbaru berlaku awal bulan ini ketika dua kapal tanpa pemandu yang membawa bahan letupan dipintas ketika mereka menuju ke fasiliti Aramco di Jazan, Laut Merah.
Serangan berprofil paling tinggi berlaku tahun lalu di mana dua kemudahan minyak utama Aramco terkena serangan drone dan peluru berpandu pelayaran, walaupun Saree mendakwa tentera Yaman melakukan serangan itu, namun Arab Saudi dan AS menuduh Iran berada di belakangnya. Tehran bagaimanapun menolak tuduhan itu.
Serangan itu didakwa terjadi setelah lawatan oleh Setiausaha Negara AS Mike Pompeo ke negara beraja itu. Riyadh juga menjadi tuan rumah kepada sidang kemuncak tahunan G20 yang berakhir semalam.
Sumber berita: Middle East Monitor