Kedutaan Republik Islam Iran di Afghanistan mengatakan bahawa bedilan roket telah menghentam laman kedutaan itu di Kabul.
“Mujur roket yang menghentam kawasan kedutaan tidak menyebabkan kemalangan jiwa, tetapi beberapa serpihan roket menghentam bangunan utama, cermin, fasiliti dan harta benda kedutaan,” kata kakitangan Kedutaan Iran di Kabul melalui akaun Twitter, Sabtu (11/21/ 2020).
One of the rockets fired this morning, landed at our Embassy compound. Fortunately, there were no casualties and all Embassy's staff are in good health. #Afghanistan pic.twitter.com/V1knDZmIeG
— Embassy of the I.R. Iran in Kabul, Afghanistan (@IRANinKabul) November 21, 2020
Kementerian Dalam Negeri Afghanistan mengatakan bahawa 23 roket telah mendarat di pelbagai bahagian kota Kabul, membunuh sekurang-kurangnya 8 orang dan mencederakan lebih dari 30 yang lain. Tariq Arian, jurucakap Kementerian itu mengatakan bahawa ini bukan angka muktamad dan siasatan sedang dijalankan.
Bandar Kabul telah menyaksikan puluhan serangan pengganas dalam dua bulan terakhir sejak rundingan damai yang telah berlangsung separuh jalan. Serangan itu menyebabkan ratusan orang mati dan cedera.
Sumber berita: Pars Today