Organisasi Pembebasan Palestin (PLO) telah mencatat peningkatan yang ketara dalam serangan Israel terhadap rakyat Palestin sejak perjanjian normalisasi baru-baru ini yang ditandatangani dengan negara-negara Arab, lapor Arab48.com pada hari Jumaat.
Dalam sebuah laporan, PLO mendedahkan bahawa ia telah mencatatkan pencerobohan Israel terhadap rakyat Palestin antara 15 September, tarikh di mana perjanjian ditandatangani di Washington, dan 15 Oktober.
Laporan tersebut mendapati bahawa Israel memperhebat perluasan penempatannya, perobohan rumah warga Palestin, pembunuhan dan mencederakan orang yang tidak bersalah, melakukan serbuan dan kempen penahanan, serta “pencerobohan sistematik” ke atas institusi agama.
PLO menunjukkan bahawa perampasan terhadap tanah Palestin yang dijajah oleh Israel berterusan, dan menambah bahawa ia disertai dengan serangan peneroka terhadap warga Palestin.
Menurut laporan itu, pasukan pendudukan Israel melepaskan tembakan lebih dari 240 kali, membunuh dua orang Palestin, mencederakan lebih dari 90 yang lain, menahan lebih dari 480 termasuk anak-anak, dan telah merobohkan 25 rumah dan fasiliti.
Laporan itu juga menyatakan bahawa penjajahan Israel itu telah melakukan 370 serbuan di kota-kota, kampung dan kawasan Palestin, serta lebih dari 30 serangan ke atas institusi agama.
Ketika menandatangani perjanjian dengan Israel, Emiriah Arab Bersatu mendakwa bahawa Israel bersetuju untuk membatalkan perampasan tanah Palestin yang dijajah. Namun, Israel membantahnya, dengan menegaskan bahawa rancangan itu hanya ditangguhkan dan akan dilaksanakan tidak lama lagi.
Sumber berita: Middle East Monitor