Iran Sedia Tandatangani Perjanjian Ketenteraan Dan Keselamatan Dengan Negara-Negara Teluk

Tehran bersedia menandatangani perjanjian ketenteraan dan keselamatan dengan negara-negara Teluk Arab demi kestabilan wilayah itu, kata Menteri Pertahanan Iran Amir Hatami kepada Al Jazeera.

Hatami memberi amaran terhadap ancaman Israel yang datang dari wilayah itu, dan menambahkan bahawa ancaman tersebut akan “disambut dengan respons yang jelas dan langsung”.

Pegawai Iran itu mengkritik perjanjian baru-baru ini yang ditandatangani oleh UAE dan Bahrain dengan Israel untuk menormalkan hubungan. Hatami mengatakan bahawa normalisasi hubungan Emiriah dan Bahrani dengan Israel merupakan “ancaman langsung terhadap keamanan wilayah Teluk.”

 

 

 

 

Sumber berita: Middle East Monitor

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *