Saudi Antara Negara Arab Yang Menyokong Pelan Penggabungan Israel

Sekurang-kurangnya tiga negara Arab telah menyetujui pelan penggabungan Israel terhadap sebahagian besar Tebing Barat Palestin yang dijajah, dedah Israel Hayom.

Menurut akhbar itu, sekurang-kurangnya tiga negara Arab, termasuk Jordan, Mesir dan Arab Saudi, telah memberikan laluan untuk penggabungan Israel di Tebing Barat dan Lembah Jordan yang sedang dijajah sementara mereka terus menentang rancangan tersebut secara terbuka.

Seorang pegawai Saudi dilaporkan oleh akhbar Israel itu mengatakan bahwa kerajaan Saudi tidak akan merosakkan hubungannya dengan Amerika Syarikat demi “ratusan” rakyat Palestin.

Sejak Putera Mahkota Mohammed Bin Salman dinobatkan sebagai pewaris Saudi, negara Teluk yang kaya minyak telah dituduh menormalkan hubungan dengan Israel dan meningkatkan retorik anti-Palestin.

 

 

Sumber berita : Middle East Monitor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *