Sebuah video baru yang menunjukkan pasukan elit Hizbullah dalam latihan telah berlegar di media sosial pada ulang tahun ke-20 pembebasan Lubnan selatan dari penjajahan tentera Israel.
https://twitter.com/i/status/1264863108364996609
Digambarkan sebagai video Hizbullah “tidak rasmi”, ia menampilkan anggota unit komando elitnya, Pasukan Radwan, menunjukkan kemampuan mereka menembak dan bertempur tanpa senjata. Video ini juga memuatkan ayat-ayat Al-Quran dan Alkitab (Bible) serta terjemahan dalam bahasa Ibrani dan Inggeris. Ayat Al-Quran yang dipetik adalah sebagian dari surah ke 9 (“At-Taubah”) yang merujuk kepada orang-orang Arab kafir pra-Islam yang terus bermusuhan setelah perjanjian damai disepakati. Petikan Alkitab pula dari Kitab Yeremia yang mengatakan, “Dari bencana utara akan dicurahkan kepada semua orang yang tinggal di bumi itu”.
Menurut Times of Israel, Pasukan Radwan dipercayai telah ditubuhkan lapan tahun yang lalu. Namun, Hizbullah, yang awalnya dibentuk sebagai tindak balas terhadap pencerobohan Israel ke Lubnan pada tahun 1982, telah melatih pasukan khasnya sejak tahun 1990-an. Mereka ditugaskan untuk “menyeberang ke Israel dalam konflik akan datang dan menyebabkan kekacauan dan kehancuran sebanyak mungkin.”
Lubnan merayakan Hari Penentangan dan Pembebasan setiap tahun pada 25 Mei untuk memperingati pengunduran Israel dari selatan Lubnan pada tahun 2000. Bulan lalu, dilaporkan bahawa penarikan itu masih menghantui tentera Israel yang masih hidup yang ditempatkan di sana. Dalam wawancara pada hari Sabtu dengan Israel Hayom, mantan Ketua Staf tentera Israel, Jeneral Gadi Eisenkot, mengakui bahawa Israel telah membayar “harga strategik yang sangat mahal “.
Minggu lalu, wartawan tentera untuk Times of Israel, Yehuda Ari Gross, menulis bahawa dua puluh tahun setelah penarikan, Hizbullah menjadi lebih kuat dari sebelumnya dan pertempuran menjadi lebih sengit disebabkan pengalaman yang diperoleh dalam pertempuran di negara jiran Syria dan diperluaskan lagi operasinya berhampiran sempadan di sepanjang Bukit Golan Syria yang dijajah Israel.
Semasa ucapan memperingati Hari Quds Antarabangsa pada hari Jumaat yang lalu, Setiausaha Agung Hizbullah, Sayyid Hassan Nasrallah mengatakan, “” Rejim Israel mengakui kegagalannya dalam mencegah peningkatan kekuatan penentangan di Lubnan. ”
Sumber berita: Middle East Monitor