Yaman: Jurucakap Tentera Houthi Isytiharkan Operasi Jawf Berakhir, Pegang ‘Kunci Ke Marib’

Berikutan pengambilalihan tentera pro-Houthi ke atas pangkalan tentera strategik Al-Labnat di wilayah Al-Jawf pada akhir bulan Mac dan kem Al-Khanjar awal bulan lalu dari tentera upahan yang disokong oleh Saudi, jurucakap tentera Brigadier Jeneral Yahya Saree mengumumkan pengakhiran operasi ketenteraan yang diberi nama “Faamkan Minhum” di wilayah itu.

Saree menjelaskan, dalam sebuah kenyataan kepada Al-Masirah, kepentingan pembebasan Al-Labnat secara khusus, sebagaimana “ia merupakan kubu terakhir pasukan gabungan pimpinan Arab Saudi di wilayah Jawf, yang merupakan kunci bagi wilayah Ma’rib.”

Menurut Saree dari segi populasi, 95 peratus Al-Jawf kini berada di bawah kawalan tentera bersekutu Houthi, termasuk 11 dari 12 daerah. Daerah Khab Washaaf di sebelah timur kebanyakannya gurun dan berpenduduk jarang.

Pada suatu masa Al-Jawf berfungsi sebagai pusat untuk Al-Qaeda selain menjadi kubu tentera upahan yang berperang bagi pihak Presiden Yaman, Abd Rabbuh Mansur Hadi yang berpangkalan di Arab Saudi. Minggu lalu gerakan Houthi mengumumkan telah merebut markas milik sekutu Al-Qaeda, mempamerkan bahan dan bekalan yang disita.

Saree juga menunjukkan sejauh 3.500 kilometer persegi – pada dasarnya seluruh Gurun Hazm dan beberapa bahagian di daerah Khub Washaaf telah dibebaskan.

Semua yang tersisa dari pejuang pro-Hadi di utara negara itu adalah bandar Marib. Bahagian barat wilayah itu sudah berada di bawah kawalan pasukan Houthi yang secara beransur-ansur bergerak menuju ibu kota wilayah dari beberapa kawasan. Kemajuan telah dicapai walaupun pasukan udara gabungan pimpinan Arab Saudi melakukan lebih dari 256 serangan di Al-Jawf dalam tempoh dari akhir bulan Mac hingga awal bulan lalu, menurut jurucakap tentera, yang kelmarin telah bersumpah yang pasukan gabungan “akan bertemu dengan respon yang tepat dan menyakitkan”.

Bercakap kepada MEMO semalam, Saleh Alnoud, jurucakap UK untuk Majlis Peralihan Selatan (STC) yang disokong oleh UAE, yang baru-baru ini mengisytiharkan pemerintahan sendiri dari pemerintah Yaman yang disokong oleh Saudi, mengatakan: “Sekiranya Houthi mengambil alih Marib, itu akan melemahkan lagi Kerajaan Hadi dengan lebih teruk.” Alnoud tidak melihat gabungan itu dapat meneruskan perang sekiranya ini berlaku.

 

 

 

Sumber berita: Middle East Monitor

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *