Tentera Udara Syria Jatuhkan Peluru Berpandu Israel ke Atas Damsyik

Pertahanan udara Syria telah menggagalkan pencerobohan Israel, dan menembak sejumlah peluru berpandu “musuh” di langit ibu kota Damsyik, sebelum ia mencapai sasaran mereka.

Agensi berita rasmi Syria, Syrian Arab News Agency(SANA) mengatakan, pencerobohan itu berlaku pada awal pagi Isnin, yang menyebabkan tiga orang awam terbunuh.

Menurut laporan itu, peluru berpandu Israel berasal dari ruang udara Lubnan.

https://youtu.be/pCkCFs0hz5k

Sejak bermulanya perang yang disokong kuasa asing terhadap Syria pada tahun 2011, Israel telah melakukan ratusan serangan di negara itu, yang menyasarkan tentera pemerintah dan sekutunya.

Isnin lalu, pertahanan udara Syria memintas sejumlah peluru berpandu Israel ke atas kota kuno Palmyra di wilayah tengah Homs, dan menjatuhkan “sejumlah peluru berpandu musuh”.

Pada masa itu, media Israel mendakwa bahawa lokasi sasaran adalah pangkalan T4 di Homs, sebuah pangkalan yang telah diserang oleh Israel beberapa kali pada masa lalu.

Pergerakan agresif Israel telah dilihat oleh para pemerhati sebagai usaha untuk melemahkan pemerintah Damsyik ketika ia semakin mendapat keberhasilan dalam memerangi kumpulan pengganas.

Syria telah dicengkam oleh militan yang disokong asing sejak Mac 2011. Kerajaan Syria mengatakan bahawa rejim Israel dan sekutu Barat serta serantaunya membantu kumpulan pengganas Takfiri yang melanda negara itu.

Pihak tentera kerajaan Syria telah merebut kembali banyak kawasan yang pernah dikuasai oleh kumpulan pengganas. Kerajaan dan pasukan sekutunya kini sibuk memerangi kubu militan terakhir di wilayah barat laut Idlib dan kawasan di wilayah jiran Aleppo.

 

 

Sumber berita: Press TV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *