Kematian virus Coronavirus di Bandaraya New York telah melebihi jumlah pengebumian yang dilakukan di sana, menurut satu laporan di media AS baru-baru ini.
Yahoo News melaporkan pada hari Sabtu bahawa lonjakan kematian COVID-19 telah melanda bilik mayat, rumah pengebumian dan krematorium kendalian bandaraya serta perkuburan swasta di bandaraya paling ramai penduduk di Amerika Syarikat itu.
Menurut laporan itu, jumlah kematian di New York City telah mencapai lebih dari 11,000 minggu ini.
Laporan itu menyebutkan bahawa penyakit COVID-19 yang “tidak seimbang” itu memberi kesan kepada masyarakat berpendapatan rendah dan minoriti, yang menyebabkan lebih banyak pengebumian di tanah perkuburan awam terbesar di negara itu, iaitu di Pulau Hart.
Pulau Hart telah menjadi tanah perkuburan awam Bandaraya New York selama lebih dari 150 tahun.
Sebilangan besar mayat yang dihantar ke sana merupakan mayat yang tidak dituntut atau mayat dari keluarga miskin yang tidak dapat menguruskan pengkebumian.
Namun, tidak semua yang terkubur di Pulau Hart semasa wabak itu adalah orang yang tidak mempunyai saudara terdekat atau tidak dapat dikebumikan.
Datuk bandar New York, Bill de Blasio mendedahkan beberapa mayat dikebumikan di sana buat sementara waktu sehingga bandaraya itu dapat mengenalpasti cara mengembalikan mayat tersebut kepada keluarga.
“Pengkebumian sementara” akan berlanjutan sehingga krisis berlalu dan keluarga akan berpeluang menuntut dan memindahkan jenazah orang yang mereka sayangi, katanya kepada wartawan minggu lalu.
Pengkebumian di pulau itu meningkat menjadi sekitar 24 sehari, menurut pegawai bandaraya yang menjalankan operasi di pulau itu.
Berdasarkan undang-undang kuno yang disebut sebagai “hak kubur,” saudara terdekat si mati berhak memilih tempat penguburan terakhir jenazah.
Di Bandaraya New York, mayat si mati yang tidak dituntut harus dikebumikan. Pelanggaran hak ini dan pengebumian tanpa izin saudara terdekat boleh menyebabkan tuntutan mahkamah terhadap pelaku.
Sumber berita: Agensi
