Sheikh Mohammed Kawtharani dilabel sebagai pengganas global oleh AS pada tahun 2013 serta dituduh membiayai kumpulan bersenjata di Iraq.
Amerika Syarikat telah menawarkan sehingga $ 10 juta untuk maklumat mengenai komander Hezbollah Sheikh Mohammad al-Kawtharani, yang merupakan seorang sekutu kepada Jeneral Iran yang terbunuh, Qassem Soleimani.
Kawtharani dilabel sebagai “pengganas global” oleh Amerika Syarikat pada tahun 2013, dituduh membiayai kumpulan bersenjata di Iraq dan membantu mengangkut pejuang Iraq ke Syria bagi menyertai usaha Presiden Bashar al-Assad untuk menentang pemberontakan terhadap pemerintahannya.
Mengumumkan ganjaran tersebut, Jabatan Negara Amerika Syarikat mengatakan bahawa Kawtharani telah “mengambil alih beberapa koordinasi politik kumpulan paramiliter yang diselaraskan oleh Iran” yang dahulu dikendalikan oleh Soleimani, seorang komander Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran yang dibunuh dalam satu serangan drone AS di Baghdad pada Januari.
“Dalam kapasiti ini, beliau memfasilitasi tindakan kumpulan yang beroperasi di luar kawalan Kerajaan Iraq yang telah menindas protes dengan keras, menyerang misi diplomatik asing, dan terlibat dalam aktiviti jenayah terancang yang luas,” kata Jabatan Negara Amerika Syarikat dalam satu kenyataan.
Jabatan Negara mengatakan ia menawarkan jumlah tersebut bagi maklumat mengenai aktiviti, rangkaian dan rakan-rakan Kawtharani sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengganggu “mekanisma kewangan” Hizbullah yang berpangkalan di Lubnan.
AS telah menyalahkan kumpulan bersenjata yang disokong Iran untuk beberapa serangan terhadap pangkalannya di Iraq.
Reuters melaporkan pada bulan Februari bahawa menurut dua sumber Iraq dan pemimpin Islam senior Iraq, Kawtharani, pada masa ini, dilihat sebagai tokoh paling sesuai untuk mengarahkan para pejuang Iraq sehingga pengganti tetap Iran boleh dipilih, walaupun dia tidak mempunyai pengaruh seperti Soleimani.
“Kawtharani mempunyai hubungan dengan kumpulan milisi, “kata pemimpin senior Islam Iraq. “Dia dipercayai oleh Soleimani, yang mana pernah bergantung dan memanggilnya bagi membantu beliau dalam krisis dan dalam pertemuan di Baghdad.”
Sumber berita: Al Jazeera