Tiga roket Katyusha menggegarkan kawasan Zon Hijau lewat malam tadi, iaitu lokasi yang turut menempatkan kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan beberapa premis penting lain di ibu negara Iraq, kata sumber polis.
Menurut sumber, satu roket mendarat berhampiran pintu masuk di Zon Hijau manakala satu roket lagi jatuh berhampiran kedutaan Turki dan jumlah kerosakan masih belum dapat dipastikan.
Roket ketiga pula mendarat di luar zon berkenaan.
Zon Hijau, yang turut menempatkan bangunan kerajaan sering kali menjadi sasaran serangan roket namun hanya mendatangkan kerosakan kecil setakat ini.
Iraq, pembekal minyak bagi Pertubuhan Negara Pengimport Petroleum (OPEC), baru-baru ini berdepan bantahan anti kerajaan dan kemelut politik yang sedikit sebanyak menggoncang pentadbiran negara.
Perdana Menteri Sementara, Adel Abdul Mahdi meletakkan jawatan Isnin lalu, sehari selepas barisan penggubal undang-undang gagal meluluskan barisan kabinet penggantinya, Mohammed Allawi, yang kemudian menarik semula pencalonannya.
Sumber berita: Berita Harian