Satu siri serangan udara di utara Yaman oleh tentera gabungan pimpinan Arab Saudi telah membunuh sekurang-kurangnya 31 orang awam.
Serangan itu membawa satu teguran keras dari ketua kemanusiaan PBB untuk Yaman, yang menyebutnya sebagai “mengejutkan”.
Serangan itu berlaku selepas Arab Saudi mengesahkan salah satu pesawatnya telah terhempas di wilayah yang sama.
Pejuang Houthi mendakwa telah menembak jatuh pesawat itu.
Laporan Nicola Cage, Al Jazeera.
Sumber video: Al Jazeera