Sumber perisikan Rusia telah mengesahkan bahawa Michael D ‘Andrea, ketua operasi perisikan AS terhadap Iraq, Iran dan Afghanistan, telah terbunuh dalam sebuah pesawat tentera AS yang ditembak jatuh oleh Taliban di Ghazni.
Pesawat yang terhempas itu merupakan pusat arahan mudah alih CIA bagi Michael D ‘Andrea, dan kini, platform pengintip yang paling canggih di Amerika yang mana semua peralatan dan dokumennya kini berada di tangan Taliban.
De Andrea, yang bertanggungjawab atas pembunuhan komander tertinggi Iran, Leftenan Jeneral Qassem Soleimani, nampaknya antara pegawai yang menaiki pesawat itu, laporan laman web Veteran Today, memetik sumber risikan Rusia.
Juga dikenali sebagai Ayatollah Mike, D’Andrea adalah tokoh perisikan CIA yang paling menonjol di rantau ini.
Sejak 2017, D ‘Andrea telah menjalankan program ‘bendera palsu’,dan pembunuhan palsu CIA di Timur Tengah, yang didakwa bertanggungjawab bukan sahaja untuk pembunuhan Jeneral Soleimani tetapi juga pembunuhan 300 penunjuk perasaan Iraq.
Tentera AS mengakui kehilangan pesawat Bombardier / Northrop Grumman E-11A di tengah Afghanistan. Mereka menambah bahawa mereka tidak menemui apa-apa “petunjuk” bahawa pesawat itu jatuh.
Pesawat itu terhempas di kawasan bandar Ghazni pada hari Isnin. Siasatan ke atas insiden itu sedang berlangsung dan tentera akan memberikan maklumat lanjut apabila maklumat itu telah ada, ciap seorang jurucakap pasukan tentera AS di Afghanistan, Kolonel Sonny Leggett.
Another video of #US aircraft which was shot down by #Taliban in #Ghazni #Afghanistan . https://t.co/UKJW938Prf
— Asim Sameem (@AsimSameem) January 27, 2020
Pegawai itu juga menafikan dakwaan Taliban bahawa pesawat lain telah terhempas di negara itu, menggambarkannya sebagai “palsu.” Awal hari itu, Taliban mengatakan bahawa sebuah helikopter tentera telah terhempas di timur negara itu sejurus selepas nahas pesawat. Kumpulan militan itu tidak memberikan sebarang butiran mengenai insiden yang dikatakan itu, dan tidak juga menyatakan milik siapa helikopter tersebut.
Video menunjukkan rangka pesawat terbakar di atas tanah. Sebahagian besarnya musnah di dalam kebakaran dengan hanya bahagian ekornya yang masih terselamat.
Wartawan yang pergi ke tempat kejadian nahas pesawat di Afghanistan, sempat mengambil gambar bangkai pesawat dan juga beberapa dokumen. Ketua kakitangan Tentera Udara Amerika Syarikat mengesahkan kehilangan pesawat tentera.
Rakaman dari tempat kejadian menunjukkan bahawa pesawat terbakar akibat impak terhempas, dengan hanya bahagian ekornya yang masih utuh.
Sumber berita: Veteran Today dan IFP News