Serangan Udara Israel Gegarkan Bumi Gaza

Pesawat tempur milik negara tidak diiktiraf Israel melancarkan serangan ke atas Semenanjung Gaza awal pagi ini, yang didakwa sebagai tindak balas terhadap tiga roket yang dilepaskan dari kawasan Palestin.

Sekurang-kurangnya tiga pusingan serangan udara dilaporkan berlaku di utara Gaza, dan Angkatan Serangan Israel (IOF) mengesahkan menyerang beberapa sasaran Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas).

Serangan itu dilaporkan turut menyasarkan kawasan sayap bersenjata Hamas, Brigade Al-Qassam berhampiran Jabaliya dan bandar Gaza.

Dua orang dilaporkan cedera dalam serangan tidak berperikemanusiaan itu.

Serangan berlaku beberapa jam selepas sistem pertahanan Iron Dome memintas tiga roket yang didakwa dilepaskan dari Semenanjung Gaza ke selatan Israel.

Bagaimanapun, tiada pihak dari Palestin mengaku bertanggungjawab terhadap serangan roket berkenaan, namun pengganas Israel menuduh Hamas terbabit dalam insiden itu.

Difahamkan tiada sebarang laporan kecederaan atau kerosakan yang berlaku di Israel akibat daripada serangan roket itu. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *