Palestin Kutuk Lawatan Netanyahu ke Hebron

Palestin pada hari Selasa mengutuk lawatan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu ke bandar Hebron (Al-Khalil) di Tebing Barat yang diduduki, kata Agensi Anadolu.

Lawatan Netanyahu adalah bersifat “perkauman dan penjajahan,” kata Kementerian Luar Palestin, sambil menyatakan bahawa kunjungan itu hadir pada saat ia berusaha untuk mendapatkan lebih banyak suara dari sayap kanan.

Ia menunjukkan bahawa kunjungan itu juga datang dalam rangka “Rancangan Israel untuk Meyahudikan bandar lama Hebron, termasuk Masjid Ibrahimi.”

Netanyahu merancang untuk melawat Al-Khalil dan bandar lamanya termasuk Masjid Ibrahimi pada hari Rabu untuk mengambil bahagian dalam acara yang diatur untuk menandakan ulang tahun ke-90 huru hara yang berlaku di bandar itu, di mana 60 orang Yahudi terbunuh.

Al-Khalil adalah rumah kepada kompleks Masjid Ibrahimi yang disebut oleh orang-orang Yahudi sebagai “Gua Machpelah” dan media Barat sebagai “Gua para Patriak”, kerana ia dipercayai mengandungi makam para nabi seperti Ibrahim, Ishak, dan Yakub.

Bagi pihaknya, Kementerian Wakaf Palestin menyeru komuniti antarabangsa dan organisasi antarabangsa untuk “memikul tanggungjawab undang-undang dan moral terhadap penderitaan rakyat Palestin di Al-Khalil.”

Lawatan itu adalah “peningkatan yang serius, menjejaskan perasaan orang Islam dan mungkin menyeret rantau ini ke perang agama dengan akibat yang tidak dapat dijangkakan,” tambah kementerian itu. – Middle East Monitor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *