Yahudi Bina Rumah Haram, Perluaskan Kuasa di Palestin

Pegawai Kanan Pertubuhan Tahanan Palestin (PLO) mengutuk keras rancangan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk membina ratusan unit perumahan haram di Tebing Barat yang diduduki.

Hanan Ashrawi menyifatkan perkara berkenaan sebagai tindakan yang tidak rasional.

“Rasuah Netanyahu membuktikan bahawa pendekatan ekstremisnya dalam pilihan raya tidak mempunyai had, dan beliau bersedia melancarkan peperangan ke atas semua wilayah di Palestin,” katanya.

Beliau juga mendakwa Netanyahu dalam percubaan untuk mendapat undi majoriti daripada penduduk haram, dengan merampas tanah dan hak warga Palestin yang juga melanggar undang-undang antarabangsa.

Parti sayap kanan Israel Yamina telah mencadangkan rancangan untuk membina 113,00 unit rumah di penempatan Yahudi di Tebing Barat yang diduduki.

Selain itu, Ashrawi berkata, tingkah laku penjajah itu adalah progresif dan sistematik sejak rejim pengganas Zionis dibentuk pada 1948.

Pelbagai tindakan biadab dilakukan seperti dasar penghapusan etnik, perpindahan secara paksa, rampasan tanah dan harta benda, dan pelanggaran undang-undang dan peraturan antarabangsa melalui sokongan penuh politik, undang-undang dan kewangan dari negara sekutunya, Amerika Syarikat (AS).

Pada masa sama, pihak berkuasa Yahudi telah meluluskan rancangannya untuk membina 641 unit perumahan haram di Baitulmaqdis al-Quds.

“Sudah tiba masanya untuk mengenakan sekatan ke atas Israel dan mereka juga bertanggungjawab terhadap pelanggaran undang-undang dan resolusi antarabangsa yang disengajakan,” katanya.

Terdahulu, Netanyahu berkata, beliau telah mengarahkan pegawai Yahudi melengkapkan rancangannya untuk membina 300 unit perumahan haram di Dolev, yang terletak 27 kilometr dari barat laut Baitulmaqdis.

Katanya, langkah berkenaan kononnya sebagai tindak balas terhadap serangan bom yang dilancarkan pada Jumaat, yang mengakibatkan gadis Yahudi berusia 17 tahun maut dan mencederakan adik lelaki dan ayahnya.

Lebih 600,000 penduduk haram tinggal di 230 penempatan yang dibina sejak 1967 di Baitulmaqdis dan Tebing Barat.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga mengutuk cara penyelesaian Yahudi di wilayah yang diduduki dalam beberapa resolusi – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *