Sekumpulan penyerang yang tidak dikenali pada malam Isnin telah menyerang sebuah masjid di bandar Cologne, Jerman.
Penyerang tersebut telah merosakkan bilik perkhidmatan awam dan bahagian kebajikan.
Tiga suspek telah masuk ke Masjid Chorweiler yang dihubungkan dengan Persatuan Islam-Turki (DITIB) dan merosakkan beberapa kemudahan masjid.
Perlakuan penyerang tersebut telah berjaya dirakam oleh kamera CCTV masjid itu telah merosakkan beberapa bahagian masjid sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.
Polis Jerman telah menyiasat kejadian itu.
Terdahulu, masjid terbesar di Jerman di bandar Cologne juga menerima ancaman bom palsu pada Selasa lepas.
Islamophobia telah berkembang pesat di Jerman dalam beberapa tahun kebelakangan ini, yang dicetuskan oleh propaganda parti sayap kanan.
Lebih 100 masjid dan institusi keagamaan diserang pada 2018.
Polis mencatatkan 813 jenayah perkauman terhadap umat Islam tahun lalu, termasuk penghinaan, surat ancaman dan serangan fizikal.
Sekurang-kurangnya 54 orang Muslim cedera dalam serangan itu.
Jerman, sebuah negara lebih daripada 81 juta orang, mempunyai penduduk Islam kedua terbesar di Eropah Barat selepas Perancis.
Daripada hampir 4.7 juta umat Islam di negara ini, 3 juta berasal dari Turki.