Kira-kira 100 buah sekolah di Rakhine masih ditutup walaupun pembukaan sesi tahun baru telah berlangsung lebih dari seminggu, berikutan pertempuran antara tentera dan kumpulan pemberontak Tentera Arakan Buddha, kata Myanmar Times.
U Khaing Kaung San, pengarah Yayasan Pembangunan Luar Bandar Wan Lark, mengatakan kebanyakan sekolah ditutup di bandar-bandar Kyauktaw, Minbya, Mrauk-U, Rathedaung, dan Ponnagyun di utara Rakhine.
“Beberapa sekolah telah dibuka, tetapi pelajar tidak akan pergi ke sekolah kerana risiko keselamatan dan kehadiran tentera di kawasan itu,” katanya.
U Khaing Kaung San menambah, kaji selidik agensinya mendapati beribu-ribu pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah terpengaruh oleh peperangan.
“Sesetengah pelajar tidak boleh pergi ke sekolah kerana mereka tinggal di kem pelarian sementara,” katanya.
Pertempuran dengan Tentera Arakan Budhha yang bermula pada Disember lalu telah memaksa hampir 40,000 orang melarikan diri dari rumah mereka, menurut kerajaan negeri Rakhine.
U Win Myint, jurucakap kerajaan negeri Rakhine tidak dapat mengesahkan berapa banyak sekolah ditutup.
“Ini berlaku kerana isu keselamatan, tetapi kami tidak boleh mengesahkan jumlah sehingga kini dengan kementerian yang berkaitan,” katanya.
Menurut penduduk, pergolakan dengan Tentara Arakan Buddha masih berlangsung di kawasan pendudukan dan memaksa ramai penduduk berpindah.
Mei lalu, UNICEF Myanmar membuat kenyataan untuk melindungi kanak-kanak di Rakhine ketika sekolah dibuka semula.
UNICEF mendakwa bimbang tentang laporan kanak-kanak dibunuh dan penggunaan sekolah untuk tujuan ketenteraan.
“UNICEF mendesak semua pihak dalam konflik itu untuk memastikan keselamatan kanak-kanak yang terjebak dalam konflik dan menegakkan hak mereka untuk melindungi dari segala bentuk keganasan,” kata kenyataan itu. – Anadolu