Israel Tahan 10 Warga Palestin di Tebing Barat

Tentera rejim Israel menahan sepuluh orang warga Palestin dalam serbuan malam di Tebing Barat yang diduduki.

Rejim Israel menahan berpuluh-puluh lagi rakyat Palestin kerana “disyaki terlibat dalam kegiatan pengganas”.

“Suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut,” kata tentera rejim Israel dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.

Tentera rejim Israel sering melakukan serbuan di Tebing Barat dengan dalih mencari rakyat Palestin yang berada di “senarai yang dikehendaki”.

Kira-kira 5,700 rakyat Palestin masih merana di penjara Israel, termasuk beberapa wanita dan beratus-ratus orang di bawah umur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *