PBB: 1 Juta Rakyat Palestin di Gaza Diancam Kebuluran

Ketika ini Gaza sedang berada di ambang sebuah “bencana kemanusiaan” dengan satu juta penduduk Palestin diancam kebuluran, amaran daripada PBB.

Pegawai PBB mendedahkan bahawa dana Agensi Pelarian Palestin (UNRWA) akan habis ‘dalam masa sebulan’ dan berada dalam keadaan kecemasan untuk mendapatkan pembiayaan tambahan.

The Independent melaporkan pada hari Khamis (09/05), kira-kira 2,000 orang di Gaza yang ditembak oleh tentera rejim Israel telah kehilangan anggota badahnya juga berisiko kehilangan pembiyaan akibat krisis pendanaan di UNRWA.

Setiap tahun, UNRWA memerlukan sekurang-kurangnya 1.2 bilion dolar, kira-kira RM 5 bilion untuk pembiyaan sekolah, fasiliti perubatan dan program makanan.

Di samping itu, dana itu juga bertujuan sebagai sokongan kewangan untuk 5 juta pelarian Palestin di Gaza, Tebing Barat, Syria, Lubnan dan Jordan.

Musim panas lalu, UNRWA terpaksa meminta pembiayaan tambahan di negara-negara Eropah dan rantau Teluk selepas Amerika Syarikat penderma terbesar mereka, memutuskan untuk memotong dana.

Akibatnya, UNRWA mengalami defisit sehingga 440 juta dolar atau kira-kira RM 1.8 bilion.

PBB mengatakan sekurang-kurangnya 20 juta dolar (RM 83 juta) diperlukan, untuk mencegah krisis perkhidmatan kesihatan yang terjadi di sana.

Pengarah Pejabat UNRWA di Washington Elizabeth Campbell berkata, situasi paling buruk ialah mereka tidak dapat memberikan bantuan makanan kepada setengah daripada penduduk di Gaza.

“Kita perlu menutup sekolah, orang tidak akan dapat mendapatkan perkhidmatan kesihatan daripada kita, selain itu kita juga perlu menyelaraskan pekerja,” katanya.

Selepas Pihak Berkuasa Palestin (PA), UNRWA juga memberi peluang pekerjaan terbesar di Gaza. Campbell memberi amaran bahawa kesan ketidakstabilan Gaza juga akan mengancam rejim Israel.

“Anda (Israel) akan mendapat bencana kemanusiaan yang besar yang dapat merebak dengan cepat di seluruh rantau ini. Kami sangat risau tentang kesan keselamatannya,” katanya.

Kenyataan Campbell juga disokong oleh Penyelaras Kemanusiaan PBB di Palestine Jamie McGoldrick yang mengatakan rakyat Palestin yang terkena tembakan Israel juga terancam.

Terdapat kira-kira 29,000 warga Palestin yang mengalami luka tembakan ketika mereka bertempur dengan pasukan rejim Israel semasa protes sempadan sepanjang tahun.

Kebanyakan mereka mengalami luka di bahagian bawah badan. “Mereka benar-benar memerlukan pembinaan semula tulang sebelum pemulihan mereka sendiri,” jelas McGoldrick.

Tanpa pembiayaan untuk menjalankan prosedur pembedahan, McGoldrick memberi amaran kepada rakyat Palestin yang mengalami luka akibat tembakkan itu akan dipotong.

Sementara itu, Program Makanan Dunia PBB memutuskan untuk memotong bantuan kepada 193,000 orang di Gaza dan Tebing Barat pada tahun 2019 kerana kekangan yang sama seperti UNRWA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *