‘Isytihar Perang Dengan Lubnan, Musnahkan S-300 Syria: Kemesraan Rejim Israel Dalam Mengendalikan Negara Jiran

Rejim Israel mempunyai senjata yang lengkap untuk berhadapan dengan Hezbollah di Lubnan dan memusnahkan ancaman Iran di Syria, kata salah seorang pegawai tertinggi tentera rejim Israel, memberi amaran kepada Damsyik terhadap penggunaan S-300 untuk melindungi kedaulatan mereka.

“Jika kebebasan pergerakan kami diancam, kami akan musnahkan ancaman tersebut. Kami tahu cara melakukannya,” General Yoel Strick memberitahu Ynet News, menambah bahawa Israel bakal memperkenalkan “sistem senjata yang maju” untuk memastikan mereka boleh terus menceroboh ruang udara negara jirannya dan menyerang sebarang sasaran di Syria.

Sambil mengakui bahawa tindakan mengejut itu boleh merosakkan hubungan Tel Aviv dengan Moscow, Strick berharap perkara itu tidak terjadi. Moscow telah membekalkan Syria dengan sistem pertahanan S-300 selepas pesawat peninjau Rusia II-20 ditembak jatuh bersama 15 orang krew bertugas pada tengah bulan September, dalam serangan tentera rejim Israel.

Moscow juga memberi amaran kepada rejim Israel bahawa, mereka akan menyekat semua navigasi satelit, radar dan sistem komunikasi jet pejuang di kawasan laut Mediterranean jika tindakan mereka mengancam tentera Rusia. Sejak itu, rejim Israel telah melakukan pencerobohan di Lebanon, di mana negara Yahudi itu cuba mengawasi Hezbollah.

Hezbollah tidak boleh dipisahkan daripada Lubnan sebagai sebuah negara, disebabkan kekuatan politik pasukan ketenteraan itu, tegas general tersebut. Jadi, dia berkata, “Jika saya yang berkuasa, saya akan menyarankan mengisytiharkan perang ke atas Lubnan dan Hezbollah” – bukan kerana dahagakan darah tetapi hanya untuk memusnahkan rancangan kumpulan tersebut untuk “menceroboh” Israel. – RT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *