Pasukan tentera Yaman, disokong oleh tentera sekutu dari Jawatankuasa Popular, Houthi Ansharullah, telah memintas dan menyasarkan drone milik tentera pakatan pimpinan Saudi ketika sedang terbang di ruang udara kawasan barat laut Yaman, Sa’ada.
Biro media gerakan Yaman Houthi Ansarullah mengumumkan dalam sebuah kenyataan bahawa pasukan pertahanan udara Yaman dan sekutu mereka telah menembak jatuh pesawat Wing Loong menengah-tinggi dan tahan lama buatan China dan peluru berpandu darat-ke-udara pada Jumaat petang.
Turut dinyatakan bahawa drone itu ditembak jatuh ketika dalam misi pengawasan ke atas daerah Bani Muadh di daerah Sahar di wilayah itu. Drone tersebut dilengkapi dengan senjata udara-ke-darat.
Arab Saudi dan pasukan pakatannya melancarkan perang dahsyat ke atas Yaman pada Mac 2015, dengan tujuan membawa presiden Hadi kembali berkuasa dan menghancurkan gerakan Ansarullah.
Menurut laporan Disember 2018 oleh The Armed Conflict Location & Event Data Pr (ACLED), sebuah organisasi penyelidikan konflik yang bukan berasaskan keuntungan, perang yang dipimpin Saudi telah meragut nyawa lebih 60,000 warga Yaman sejak Januari 2016.
Perang tersebut juga telah menyebabkan banyak kerosakan pada infrastruktur negara, memusnahkan hospital, sekolah dan kilang. PBB mengatakan dalam sebuah laporan pada bulan Desember 2018 bahawa lebih dari 24 juta rakyat Yaman sangat memerlukan bantuan kemanusiaan, termasuk 10 juta orang menderita kebuluran yang melampau.