Tentera rejim zionis Israel telah menyerang dan mencederakan berpuluh-puluh kanak-kanak sekolah dan penduduk dengan gas pemedih mata di sekitar beberapa buah sekolah dan kawasan penduduk di selatan bandar Hebron pada hari Selasa (09/04).
Sumber media tempatan mengatakan tentera rejim zionis itu telah mpelepaskan gas pemedih mata dan bom tangan ke beberapa sekolah dan di kawasan penduduk sekitarnya.
Mereka menambah bahawa, kanak-kanak itu berdiri berbaris di sekolah mereka pada waktu pagi sebelum memulakan hari persekolahan, dan ketika itu tentera rejim zionis melepaskan gas pemedih dan bom tangan pada mereka.
Serangan itu menyasarkan Sekolah Rendah Hebron, Sekolah Tareq Bin Ziad, Sekolah Rendah Al-Hajiriya dan Sekolah Khadija Bint Khweiled untuk kanak-kanak perempuan.
Sekumpulan pegawai perubatan bergegas ke sekolah-sekolah yang diserang dan menyediakan rawatan yang diperlukan untuk berpuluh-puluh kanak-kanak dan guru selepas mengalami kesan teruk akibat gas pemedih mata.
Sekolah terpaksa ditutup untuk hari itu dan para pelajar dihantar pulang ke rumah mereka disebabkan gas pemedih mata dan ketakutan terhadap serangan susulan tentera rejim zionis Israel.
Perlu menyebutkan bahawa sekolah-sekolah di kawasan itu tertakluk kepada serangan Israel yang sering berlaku, mengakibatkan berpuluh-puluh kecederaan dan gangguan proses pendidikan.