Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menekankan pentingnya untuk memastikan kedaulatan dan tntegriti wilayah Syria dalam penyelesaian resolusi konflik di negara Arab.
“Setiap resolusi konflik Syria mesti menjamin perpaduan, integriti wilayah Syria, termasuk Golan yang diduduki,” katanya dalam ucapan di Sidang Kemuncak Liga Arab di ibukota Tunisia, pada hari Ahad (31/03).
“Kerana jutaan rakyat Syria masih terlantar dan memerlukan pertolongan, dan puluhan ribu orang ditahan sewenang-wenangnya … kita mesti terus berusaha untuk menjalin jalan politik ke arah keamanan yang mampan di mana semua rakyat Syria didengar, aduan ditangani, dan keperluan dipenuhi,” tambahnya.
Kenyataan Guterres ini datang beberapa hari setelah Presiden Donald Trump memecah beberapa dekad konsensus antarabangsa dan secara rasmi mengiktiraf ‘kedaulatan’ negara haram Israel atas Dataran Tinggi Golan yang diduduki, sebuah wilayah sempadan yang dirampas oleh rejim zionis Tel Aviv dari Syria pada tahun 1967.
