Rakyat Syria Demo Kecam Trump Isu Dataran Tinggi Golan

Rakyat Syria telah memenuhi jalan untuk mengadakan demonstrasi mengutuk keputusan Presiden Amerika Donald Trump yang telah mengiktiraf ‘kedaulatan’ negara haram Israel di sebahagian dari Dataran Tinggi Golan yang telah berada di bawah pendudukan rejim Israel sejak tahun 1967.

“Demonstrasi baru berlangsung di ibukota Syria, Damsyik, serta beberapa bandar lain pada hari Ahad (31/03),” kata Agensi Berita Arab Syria (SANA).

Beratus orang berkumpul di pelbagai kawasan seperti Damsyik dan beberapa kawasan luar bandar untuk mengutuk keputusan Trump. Penunjuk perasaan menyatakan bahawa langkah rejim Israel untuk ‘mencuri’ kawasan yang diduduki adalah ‘batal dan tidak sah oleh undang-undang’. Mereka berjanji untuk memulangkan kawasan tersebut ke Syria.

Di Swedan, penunjuk perasaan berkumpul di hadapan sebuah cawangan pejabat wartawan, dan mereka melaungkan slogan anti-AS dan anti-Israel dan memuji rakyat mereka yang melakukan bantahan di wilayah Golan yang diduduki.

Di Deir Ezzor pula, orang ramai berkumpul di lapangan Al-Saiyed al-Raees untuk mengecam langkah Trump, menekankan bahawa ‘langkah itu melanggar undang-undang antarabangsa dan melayani kepentingan entiti Israel’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *