Rejim Zionis Sekat Nelayan Palestin

Pihak berkuasa rejim zionis Israel terus menyekat laluan lintasan sempadan Kerem Shalom serta mengharamkan nelayan daripada keluar bekerja di luar pantai Semenanjung Gaza.

“Persimpangan Erez (Beit Hanoun) masih dibuka sebahagiannya tetapi laluan di sempadan itu sudah ditutup empat hari berturut-turut,” katanya.

Ketua Kesatuan Nelayan Palestin di Gaza, Zakariya Bakr berkata, pihak berkuasa rejim zionis Israel secara berterusan menutup perairan kepada nelayan sehingga menghalang mereka daripada memancing untuk hari keempat, di sini, semalam.

Sumber di Palestin mengesahkan bahawa pihak mereka tidak menerima sebarang arahan baru daripada pihak rejim zionis Israel mengenai pembukaan semula lintasan sempadan Kerem Shalom itu.

“Rejim Zionis Israel hanya membuka sebahagian persimpangan Erez untuk membolehkan pesakit dan pemegang ID biru untuk menyeberang,” katanya.

Siri serangan udara dan artileri dilakukan rejim Zionis Israel setiap hari bermula Isnin lalu, selepas roket yang ditembak dari Gaza merosakkan sebuah rumah dan mencederakan tujuh orang awam di ibu negara Israel, Tel Aviv.

Selain itu, rejim Zionis Israel juga melakukan beberapa serangan udara yang menyasarkan tapak dan bangunan yang berlainan merentasi Semenanjung Gaza.

Walaupun, Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) berkata, mereka telah mencapai persetujuan gencatan senjata hasil rundingan pihak berkuasa Mesir, tetapi rejim Zionis Israel menafikannya, dan terus melakukan serangan ke atas Semenanjung Gaza.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *