Sekurang-kurangnya tiga rakyat Palestin cedera dalam serangan udara yang dilakukan oleh rejim zionis Israel di bahagian utara Semenanjung Gaza, petang semalam (28/03).
Menurut sumber tempatan, sebuah jet pejuang tentera rejim zionis telah menggugurkan sekurang-kurangnya sebutir peluru berpandu ke arah sekumpulan remaja Palestin yang didakwa menerbangkan layang-layang dan belon mudah terbakar di timur Jabaliya.
Sumber mengesahkan bahawa tiga mangsa telah cedera dalam serangan tersebut. Kesemua mangsa dikejarkan ke Hospital Indonesia bagi rawatan lanjut.
Sementara itu, jurucakap tentera rejim zionis Israel dalam satu kenyataan berkata, serangan tersebut sebagai tindak balas selepas layang-layang dan belon mudah terbakar telah dilepaskan ke arah selatan wilayah yang diduduki. – Agensi