Liga Arab Tolak Kedaulatan Israel di Dataran Tinggi Golan

Setiausaha Agong Liga Arab Ahmed Aboul Gheit mengumumkan bahawa Liga Arab sepenuhnya menyokong kedaulatan Syria di Dataran Tinggi Golan.

“Liga Negara Arab sepenuhnya menyokong hak Syria untuk kasawan yang diduduki. Kami mempunyai kedudukan tertentu berdasarkan penyelesaian mengenai isu ini,” kata Aboul Gheit pada hari Khamis (21/03).

Pejabat itu menegaskan bahawa Dataran Tinggi Golan itu adalah dimiliki oleh Syria di bawah undang-undang antarabangsa dan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Majlis Keselamatan PBB.

Sementara itu, wakil dari diplomatik Kesatuan Eropah menegaskan bahawa EU masih tidak mengakui Dataran Tinggi Golak sebagai sebahagian daripada Israel.

Dataran Tinggi Golan dianggap oleh Syria sebagai sebahagian jajahannya, ia telah diduduki Israel semasa Perang Enam Hari 1967. Hanya pada tahun 1981, Tel Aviv telah mengeluarkan undang-undang rasmi untuk mengambil kawasan itu. PBB tidak mengakui pencerobohan itu.

Terdahulu pada Khamis (21/03), Trump dalam ciapannya di Twitter semasa lawatan Setiausaha Negara Amerika, Mike Pompeo ke Jerusalem, berkata bahawa sudah tiba masanya untuk Amerika mengiktiraf kedaulatan Israel di atas Dataran Tinggi Golan, dan menambah bahawa rantau itu “sangat strategik dan penting dari segi keselamatan Israel dan kestabilan serantau.”

Menjawab kenyataan Trump itu, Netanyahu berterima kasih kepada presiden Amerika atas sokongannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *