Menteri Kesihatan dan Penduduk Yaman menyatakan bahawa, akibat daripada serangan agresif tentera gabungan Saudi dan sekatan terhadap Yaman, lebih daripada 100,000 kanak-kanak Yaman terbunuh tahun lalu.
Dr. Taha Al-Mutawakil pada hari Selasa (19/3) semasa sidang akhbar di Yaman mengatakan bahawa. 50 peratus sektor kesihatan Yaman telah mengalami kerosakan dan kebanyakkan alat perubatan di hospital juga terancam.
Seperti yang telah dijelaskanya, tentera pakatan yang diketuai Saudi menghalang kemasukkan peralatan perubatan ke Yaman. Beliau juga menambah bahawa peranan kemanusiaan PBB di Yaman tidak sepadan dengan tanggungjawab organisasi itu dan bantuannya serta organisasi yang lain dalam sektor kesihatan.
Tentera gabungan Saudi yang disokong Amerika, Emiriah Arab Bersatu dan beberapa negara lain telah melancarkan serangan ketenteraan di Yaman sejak Mac 2015 dan membuat sekatan kepada Yaman dari darat, udara dan laut.
Perang yang dilancarkan oleh tentera gabungan Saudi di Yaman telah meragut melebihi daripada 16,000 orang, mencederakan puluhan ribu orang dan memaksa jutaan rakyat Yaman untuk melarikan diri.