Seorang ahli parlimen berjawatan tinggi daripada parti Angela Merkel yang memerintah berkata bahawa seorang Muslim boleh menjadi canselor Jerman menjelang tahun 2030, telah menjadi tajuk utama berita di seluruh negara itu dan mencetuskan kecaman yang teruk.
Ralph Brinkhaus, yang memimpin parti Kesatuan Demokrat Kristian (CDU) di parlimen Jerman, tidak akan berada di muka hadapan berita jika bukan kerana satu soalan yang diajukan oleh agensi berita Evangelikal, Idea. Mereka ingin mengetahui jika seorang Muslim boleh memipin parti dan menjadi canselor dalam masa 10 tahun, dan beliau menjawab, “kenapa tidak, jika orang tersebut seorang ahli politik yang baik, dan mewakili pandangan dan nilai-nilai kita”. Parti CDU aliran kanan-tengah yang diketuai cancelor Angela Merkel – anak kepada seorang paderi di Jerman Timur – memang seorang yang bangga dengan huruf C, yang membawa perkataan dan nilai Kristian. Tetapi bagi Brinkhaus, nilai kemanusiaan lebih penting daripada kepercayaan agama. Beliau dilaporkan berkata, “CDU bukan kelompok agamawan – itulah yang membezakan kami dapirada gereja Katholik, yang saya juga ahlinya”.
Temu ramah itu berlaku pada lewat Februari lalu, tetapi ia tidak mencetuskan kekalutan media sehingga agensi berita Bild memetiknya pada hari Rabu lalu. Semua akhbar Jerman, kecil atau besar, bergegas untuk melaporkan petikan mengejutkan itu.
Kenyataan Brinkhaus itu juga mengejutkan tokoh-tokoh besar Jerman. “Demi Tuhan, saya tidak percaya dengan apa yang dikatakannya”, Vincent Kokert, seorang ketua CDU bagi kawasan Mecklenburg-Pomerania Barat berkata kepada Bild. “Tidak, saya tidak mempercayainya”.
Seorang lagi ahli parlimen konservatif, Eberhard Gienger, berkata seorang Muslim menjadi canselor ialah sesuatu yang tidak boleh dibayangkan kerana ini bermaksud “ Muslim akan menjadi majoriti rakyat Jerman”, dan “ia tidak akan berlaku”. Ahli-ahli politik lain mendakwa bahawa nilai-nilai Islam tidak boleh bercampur dengan pemikiran parti, dengan menyebut tentang undang-undang Syariah dan layanan terhadap wanita, orang bukan Islam dan homoseksual dalam tradisi Islam yang ketat.
Terdapat juga yang menyokong komen Brinkhaus. “Sudah tentu, seorang Kristian Demokrat Islam, Hindu atau ateis boleh bertanding sebagai canselor,” kata Karin Prien, menteri pendidikan di Schleswig-Holstein.