Zionis potong bekalan air di Lembah Jordan

RAMALLAH- TEBING BARAT. Penduduk Palestin di perkampungan Berdala di Lembah Jordan terjejas selepas tentera Israel memotong bekalan air bersih dikawasan tersebut .

Mutaz Bisharat, seorang pegawai yang memantau aktiviti penempatan di Tubas dan Lembah Jordan berkata, tentera Zionis memotong bekalan air untuk 60 peratus penduduk kampung Berdala yang berjumlah sekitar 2,600 orang.

Tambahannya, tentera Israel turut memotong bekalan air yang disalurkan ke kawasan tanah pertanian dikawasan terbabit.

Bisharat berkata, Israel mendakwa berlaku penyambungan pain haram di perkampungan itu.

” Ini adalan penindasan berterusan Israel. Mereka potong bekalan air untuk penduduk Palestin, tetapi terus membina kolam takungan untuk penerokaan haram Yahudi,” Katanya.

Justeru,beliau meminta masyarakat anatarabangsa dan organisasi hak asasi manusia supaya campur tangan bagi menghentikana pencabulan Zionis. – MA’AN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *