AS tidak akan bekerjasama dengan negara yang menggunakan teknologi Huawei

Menteri Luar Negeri Amerika Syrikat, Mike Pompeo dua hari lalu mengingatkan bahawa negaranya tidak akan bekerjasama atau berkongsi maklumat dengan negara yang menggunakan teknologi dari syarikat yang berasal dari China iaitu Huawei, atas alasan keselamatan.

Dalam wawancaranya bersama Fox Business, Pompeo menyatakan beberapa negara di Eropah dan lainnya harus memahami risiko sekiranya menggunakan teknologi komunikasi dari Huawei.

“Jika ada negara yang menggunakan tekonologi ini dan menghubungkannya dengan sistem maklumat penting maka kami tidak akan berkongsi maklumat dengan mereka, kami tidak dapat bekerjasama dengan mereka,” kata Pompeo, seperti yang dinyatakan di saluran Channel News Asia, pada Khamis, 21 Febuari yang lalu.

“Kami tidak akan meletakkan sebarang maklumat yang akan merisikokan rakyat Amerika”, katanya lagi.

Pompeo juga menjelaskan AS sudah berbincang dengan beberapa negara Eropah dan memastikan mereka jelas dengan risiko sedia ada sekiranya masih menggunakan teknologi Huawei dalam sistem maklumat mereka. – merdeka.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *