Penyokong sidang kemuncak Warsaw menakluk Al-Aqsa

Setiap langkah ke arah perdamaian antara negara-negara Arab dengan Israel merupakan sebutir peluru yang dihalakan kepada Masjid al-Aqsa dan juga perangsang kepada penjajah Israel untuk terus menjadikan kawasan itu sebagai kawasan Yahudi. Semua usaha ini disasarkan kepada bangunan tertua dalam Islam itu. Inilah bagaimana Israel melihat Sidang Kemuncak Warsaw, dan inilah yang berlaku dalam proses-proses perdamaian sebelum ini. Mereka menceroboh dan memprovokasi negara-negara Arab sebaik sahaja mereka mengambil langkah ke arah mencapai persetujuan.

Ketika kemuncak perbincangan Israel dengan Mesir pada tahun 1978, Israel menceroboh Lubnan. Setahun selepas usaha Raja Fahad, tentera Israel menyerang Beirut, dan ketika terdapat tekanan kepada Israel untuk berunding, pembunuhan beramai-beramai di al-Aqsa telah dilakukan pada 1990.

Apa yang berlaku minggu ini di pintu al-Rahmah ialah kesan kepada perasaan penjajah Israel bahawa sesetengah negara Arab menyokong dan bersetuju dengan polisinya di sidang kemucak Warsaw minggu lalu.

Israel tahu bahawa kuasanya yang melampau itu tidak kekal dan apa dan mereka telah capai tidak boleh dianggap kemenangan sehingga kemusnahan dan kejatuhan pihak yang mereka kalahkan, iaitu Palestin. Inilah yang dikatakan oleh pihak yang di Oslo:” Kami telah kalah jadi kami perlu lakukan apa yang diingini oleh pihak yang menang”.

Israel terlalu gopoh ingin menamatkan kisah ini, tetapi pada masa yang sama sedang memusnahkan negara mereka. Bertentangan dengan kenyataan yang mereka lihat sendiri, iaitu Palestin mampu menggerakkan beribu tentera dan pejuang kebebasan untuk mempertahankan negara mereka, walaupun terdapat konspirasi selama lebih 100 tahun untuk menjatuhkannya. Kita tidak akan mendengar sepatah pun tentang apa yang berlaku di pintu al-Rahmah daripada mulut penyokong-penyokong persutujuan Warsaw. Mereka bukan sahaja berdiam diri, tetapi bersekongkol dengan musuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *