Erdogan Minta Bantuan Rusia Dan Iran Bagi Menentang ‘Pengganas’ Di Syria

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berharap Rusia dan Iran dapat memberikan sokongan penuh dalam perang Ankara menentang “pengganas” di Syria. Harapan itu disampaikan dalam pertemuan bersama pemimpin kedua negara itu pada Selasa.

“Apa yang kami harapkan dari Rusia dan Iran adalah sokongan untuk Turki dalam perang menentang keganasan,” kata Erdogan dalam pertemuan itu, seperti dipetik oleh AFP pada Selasa.

Kenyataan Erdogan dalam sidang kemuncak di Tehran itu disampaikan susulan amaran dalam beberapa minggu ini bahawa Turki akan segera melancarkan serangan ketenteraan baru ke wilayah sempadan utara negara yang dilanda perang itu.

Tentera Rusia dan Iran berada di beberapa bahagian Syria yang disebut-sebut sebagai kemungkinan sasaran serangan baru Turki.

Erdogan menuduh militan Kurdish menggunakan wilayah sempadan sebagai markaz untuk pemberontakan mereka selama beberapa dekad menentang negara Turki.

Erdogan menyatakan bahawa Turki mencapai kesepakatan dengan Moscow dan Washington pada 2019. Kedua negara tersebut diharapkan membantu mendorong militan Kurdi sejauh 30 kilometer (19 mil) dari perbatasan Suriah-Turki.

“Ini masih belum terjadi,” kata Erdogan. “Ini sudah lama tertunda.”

“Harus difahami dengan jelas bahwa tidak ada ruang di masa depan wilayah kita untuk organisasi pengganas pemisah,” kata Erdogan.

“Kami akan meneruskan perjuangan kami melawan organisasi pengganas di masa akan datang.”

Pemimpin tertinggi Iran Ayatullah Ali Khamenei sebelumnya mengatakan kepada Erdogan bahwa serangan baru Turki akan “merugikan” kawasan itu.

Turki sendiri telah melancarkan beberapa operasi ketenteraan sejak 2016 untuk menekan pergerakan Unit Pertahanan Masyarakat Kurdi (YPG). Sementara itu, YPG merupakan cabang dari Partai Buruh Kurdi (PKK).

YPG sempat menolong Pasukan Demokrasi Syria (SDF). SDF merupakan gabungan yang dipimpin masyarakat Kurdi dan disokong oleh Amerika Syarikat untuk membanteras puak pengganas yang menggelarkan merela sebagai ‘Negara Islam’ (ISIS) sejak 2014.

 

 

 

Sumber berita: CNN Indonesia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *