Sekatan Barat Tidak Akan Menjejaskan Eksport Minyak Rusia: Lavrov

Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov berkata sekatan Barat tidak menjejaskan eksport minyak negaranya, bahkan beliau meramalkan lonjakan besar dalam keuntungan pengangkutan tenaga negara tahun ini.

Pengeluaran minyak Rusia jatuh sebanyak satu juta tong sehari akibat sekatan Barat terhadap Moscow, dan ini telah meningkatkan tinjauan harga di pasaran global.

Rizab strategik minyak Amerika juga dilaporkan telah jatuh sebanyak 5.4 peratus dan mencapai tahap terendah sejak Jun 1984, 33 tahun lalu hingga kini.

Menurut laporan Reuters, Lavrov pada Sabtu dalam temu bual di televisyen berkata, memandangkan harga sedia ada disebabkan oleh dasar Barat, kami tidak mempunyai kerugian bajet.

Masih menurut menteri luar Rusia, bertentangan dengan pelbagai ramalan, tahun ini kami akan meningkatkan dengan ketara keuntungan daripada eksport sumber tenaga kami.

“Minyak secara amnya tidak mengikut politik, terdapat permintaan untuknya, kami mempunyai pasaran alternatif di mana kami sedang meningkatkan jualan kami,” kata Lavrov.

Kenyataan Lavrov bahawa sekatan Barat tidak mempunyai kesan ketara ke atas eksport minyak Rusia datang ketika para pemimpin Kesatuan Eropah mencapai persetujuan pada hari Isnin untuk mengurangkan import minyak sebanyak 90 peratus dari Rusia menjelang akhir tahun ini, untuk menghukum Moscow karena menyerang Ukraine.

Perang Rusia-Ukraine memasuki bulan ketiga. Perang yang bermula pada 24 Februari 2022 dan setiap hari menunjukkan dimensi baharu impaknya, bukan saja di kancah politik antarabangsa, tetapi juga di bidang ekonomi dan sosial.

 

 

 

Sumber berita: Pars Today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *