Ejen Keselamatan Israel Mengerahkan Pasukan Terhadap Rakyat Palestin Di Masjid Al-Aqsa Di Baitulmaqdis

Perkhidmatan keselamatan Israel terus menggunakan cara kekerasan terhadap rakyat Palestin di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis lapor seorang wartawan Sputnik dari tempat kejadian pada hari Selasa.

Pertempuran di Temple Mount yang berada di Kota Lama Baitulmaqdis, kawasan sama yang menempatkan Al-Aqsa (tapak ketiga paling suci dalam Islam) dan Masjid Qubbat aṣ-Ṣakhra, sedang diteruskan untuk hari ketiga, dan pasukan keselamatan Israel menggunakan peluru getah, bom bunyi dan gas pemedih mata.

Pada awal hari itu, tentera Israel menceroboh masuk ke dalam Masjid Al-Aqsa bagi mengosongkan Temple Mount untuk penganut agama Yahudi melakukan ritual mereka. Mereka menghalang penganut agama lain daripada sampai ke Temple Mount dan membuka pintu gerbang Mughrabi kepada kumpulan peneroka haram Israel yang telah menyerbunya pada waktu pagi.

Pada hari Jumaat, Bulan Sabit Merah Palestin berkata bahawa lebih 340 rakyat Palestin cedera dalam pertempuran dengan tentera Israel di Baitulmaqdis dan Tebing Barat. Selain Baitulmaqdis, pertempuran turut berlaku di Hebron, Bethlehem, Tulkarm, Qalqilya dan Nablus.

Keadaan keselamatan di Israel menjadi lebih tegang sejak beberapa minggu kebelakangan ini. Pada 10 April, Ketua Staf Am IDF Aviv Kohavi mengarahkan tentera untuk mengukuhkan “pertahanan berhampiran halangan keselamatan Yudea dan Samaria dan meningkatkan aktiviti menentang keganasan di utara Samaria” selepas serangan di Tel Aviv pada 7 April. IDF telah menciap pada 13 April bahawa askar dan pasukan keselamatan Israel terus menjalankan “aktiviti antikeganasan berasaskan perisikan di Yudea dan Samaria semalaman dan pagi ini.”

 

 

 

Sumber berita: Sputnik News

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *