Gina Haspel: CIA Akan Lebih Fokus Pada Rusia dan Iran

Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA) Gina Haspel mengatakan bahawa, CIA telah mengalihkan sumber kekuatan mereka yang lebih untuk berhadapan dengan Rusia dan Iran.

Bercakap di hadapan para mahasiswa, pensyarah, dan wartawan di sebuah acara di Universiti Auburn pada hari Khamis (18/04), Haspel mengatakan bahawa sasarannya itu tidak lagi menjadi tumpuan selepas 11 September 2001 tentang keganasan.

“Pelaburan Rusia dan Iran kami telah memperkuat lagi setelah bertahun-tahun berada di belakang tekanan hebat kami dalam memerangi keganasan setelah 9/11,” katanya. “Kumpulan-kumpulan seperti ISIS (Daesh) dan al-Qaeda tetap berada di dalam tumpuan kami, tetapi kami mengasah tumpuan dan sumber kekuatan kami pada negara-bangsa.”

Pernyataannya muncul ketika Iran telah mengenalpasti 290 ejen CIA di pelbagai negara, memaksa Amerika untuk membentuk jawatankuasa khasuntuk menilai kembali operasi yang dikenali sebagai “Operation Cloak and Dagger”.

Menteri Perisikan Iran Mahmoud Alavi mengatakan pada hari Jumaat (19/04), “Operasi CIA telah dikenalpastu di negara-negara ini dan ditangkap lalu ejen perisikan Amerika telah dihubungi dengan sumbernya yang diputarbelitkan sedemikian rupa sehingga jawatankuasa dibentuk untuk menilai kegagalan Amerika.”

Alavi mengatakan kementeriannya telah beralih daripada memberi tumpuan kepada pertahanan balas-perisikan kepada menjalankan operasi serangan. Beliau mengatakan butiran operasi itu akan diterbitkan tidak lama lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *