Operasi Pakatan Saudi di Yaman Mesti Dihentikan – Qatar

Jurucakap Kementerian Luar Qatar Lulwa al-Khater berkata, operasi tentera pakatan yang diketuai oleh Saudi telah kehilangan matlamat mereka dan memburukkan lagi keadaan kemanusiaan di Yaman.

“Keadaan di Yaman telah menjadi seperti tiada tujuan, dan semua operasi yang dijalankan oleh tentera pakatan itu telah memburukkan keadaan kemanusiaan, jadi mereka mesti berhenti,” kata al-Khater pada seminar yang diadakan di Washington, Rabu (27/3).

Al-Khater menyatakan bahawa Qatar pada mulanya merupakan sebahagian daripada tentera pakatan Saudi di Yaman, atas dasar bahawa mereka akan menjalankan operasi berskala kecil selama beberapa minggu, selepas resolusi Majlis Keselamatan.

Jurucakap itu juga mengesahkan bahawa, tidak ada tentera Qatar yang memasuki tanah Yaman dan menunjukkan peranan Doha di Yaman kini menyediakan bantuan kemanusiaan di bawah PBB.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *