Media Dedahkan Gambar Didakwa Ejen Mossad Ditangkap Di Turki

Akhbar Sabah Daily telah menyiarkan gambar-gambar yang dikatakan pengintip Mossad yang ditangkap di Turki awal bulan ini. Menurut akhbar itu, gambar fail polis 15 lelaki asal Arab yang separa kabur adalah milik ejen perisikan Israel yang menjalankan operasi Mossad di Turki.

Menurut akhbar itu lagi, ejen yang ditahan dibahagikan kepada lima kumpulan masing-masing tiga lelaki. Ada yang dikatakan telah terlibat dalam pengumpulan maklumat yang kebanyakannya berkaitan dengan rakyat Palestin yang menentang Israel. Agensi perisik Israel dilaporkan berminat dengan pelajar Palestin dan Syria yang mendapat pendidikan dalam bidang pertahanan, serta kemudahan yang disediakan oleh Turki untuk rakyat Palestin.

Beberapa ejen bekerja sebagai utusan Mossad dan menbgadakan mesyuarat dengan wakilnya di negara asing, seperti Jerman, Croatia dan Kenya, tambah Sabah Daily lagi.

 

 

Ejen yang didakwa, semuanya berketurunan Arab, telah ditangkap pada 7 Oktober dalam operasi rahsia. Sebahagian daripada rakaman yang menunjukkan penahanan itu kemudian disiarkan oleh TRT.

 

 

 

Sumber berita : Sputnik News

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *