Menurut pihak berkuasa Rejim Zionis Israel, tujuh orang warganya dilaporkan c edera dalam serangan roket dari Semenanjung Gaza pada awal Isnin (25/03).
Dalam satu kenyataan, pihak tentera Rejim Zionis berkata roket tersebut mengenai sebuah rumah di utara Tel Aviv pada waktu Subuh. Jurucakap rejim itu Magen David Adom mengatakan, tujuh orang cedera dalam serangan itu.
Tiada pihak dari Palestin yang bertanggungjawab terhadap kejadian tersebut.
Mengulas mengenai kejadian itu, Perdana Menteri Rejim Israel Benjamin Netanyahu berkata beliau akan memendekkan lawatannya ke Amerika dan kembali ke Israel.
Beliau juga menambah akan “bertindak balas dengan kuat” terhadap Hamas yang memerintah Semenanjung Gaza susulan daripada pelancaran roket itu.