Seorang pakar keselamatan Iraq menyatakan bahawa, Amerika sedang menghadapi tekanan daripada Baghdad untuk mengelak daripada meluluskan rancangan undang-undang yang akan mengusir kedataangan tentera luar. Beliau juga mengatakan bahawa, kedutaan Amerika di Iraq bertindak sebagai bilik operasi Amerika-Israel di rantau ini.
Abbas al-Ardawi dipetik laman web berita al-Ma’alomeh, berkata pada Isnin (18/03) bahawa kerajaan Amerika meletakkan tekanan di Baghdad untuk memperluaskan kedudukan ketenteraannya di Iraq.
Beliau turut menambah, penempatan semula pengganas dari bandar Baqouz di Syria Timur ke pangkalan tentera Amerika di Iraq bertujuan untuk mengganggu keselamatan Iraq serta mendapat alasan untuk meneruskan kemasukan tentera Amerika ke Iraq. Ini kerana ahli parlimen Iraq telah menuntut pengusiran sepenuhnya seluruh tentera Amerika dari Iraq. Pasukan tentera Amerika perlu meninggalkan negara secepat mungkin memandangkan hakikat bahawa tentera Iraq bersedia sepenuhnya untuk memerangi kumpulan pengganas.
Al-Ardawi juga mengatakan bahawa kedutaan Amerika di Baghdad sedang mengambil langkah mencurigakan, dan menambah bahawa kedutaan itu telah bertukar menjadi ruang operasi yang besar untuk pelaksanaan plot dan operasi di Iraq dan kawasan di bawah pengawasan pasukan Israel.
Pada Januari lepas, seorang lagi pakar keselamatan Iraq telah memberi amaran bahawa ada usaha Washington untuk meningkatkan pengaruhnya di Iraq, dan beliau mengatakan bahawa pengintip Israel dan pengganas ISIS hadir di pangkalan AS di Iraq.
Hafez Al-Basharah memberitahu laman web berita al-Ma’aloumeh bahawa Amerika cuba meningkatkan kehadirannya di Iraq dan pasukan Amerika ditempatkan di bahagian selatan Baghdad, khususnya kawasan al-Suwaireh dan al-Aziziyeh.
Beliau turut menambah penilaian pemerintah Iraq untuk menempatkan penasihat tentera asing di negara ini sudah ketinggalan zaman. Dalam keterangan yang diperolehinya menunjukkan pasukan tentera telah ditempatkan di pangkalan Amerika dan jumlah mereka terus meningkat setiap hari.
Basharah berkata tentera Amerika tidak membenarkan rakyat Iraq untuk masuk ke pangkalan yang diduduki di negara ini. Ini jelas menunjukkkan mereka menyembunyikan realiti daripada umum, sambil menambah bahawa pasukan perisikan Israel aktif dalam pangkalan-pangkalan ini dan pengganas ISIS dilindungi dan dilatih di dalamnya.
Sebagai maklumat tambahan, Kedutaan Amerika di Baghdad adalah yang terbesar dan termahal di dunia. Ia terletak di kawasan seluas 104 ekar dan hampir sama besarnya dengan Vatican City.